semua orang bertanya, apa status aku sekarang. kadang2 jawapan aku hanya membisu. namun, kali ini jawapannya adalah aku single. bodoh kan. mempamerkan entry sebegini. takpe. maybe neh the 1st and the last time entry sebegini akan tepapar dalam blog aku. aku tak janji untuk itu. banyak kisah cinta aku diperkatakan orang ramai. lagi2 yg mengenaliku. aku tak salahkan mereka. kerana manusia, itu mulut mereka yg berkata. aku tak boleh tutup mulut mereka. bukan niat aku nak memburukkan sesiapa. ini untuk pengajaran. tak kepada aku. mungkin juga untuk orang di luar sana.menghadapi broken heart. semua orang tak suka ttg itu. aku paling paling paling takut selain apa yg perlu ditakutkan, brokenheart. tetapi, aku harus akui benda sebegini sudah sebati dalam diri aku. kerap kali aku menyalahkan takdir, aku menyalahkan dia, aku menyalahkan perempuan2 itu. akhirnya pada tahap ini, aku tahu. bukan mereka aku patut persalahkan. ianya diri aku sendiri. fool me. da setahun lebih baru aku menerima hakikat. manusia takkan berubah sesenang itu. aku putuskan keputusan ini. dan aku harus menerimanya. broken heart is really pain. but the most painful things is bila aku dapat tahu segala yang terjadi, aku memaafkan dan aku menerima semua itu kembali. aku tak boleh tipu diri aku sendiri lagi. sebagaimana setiap kejadian yg terjadi, sekerap kali aku memaafkan apa yg terjadi, aku sering memikirkan semua itu kembali.setiap masa, setiap saat. hati ini. bagai ditusuk pisau yg tajam. oh jgn risau. setiap kali ditusuk itulah, aku tetap akan bangun. aku tabah. dan kesilapan yang paling aku menyesal buat, setiap kali tabah itu encourage aku untuk melupakan perkara2 yg benar. bukti2 semua sudah ada. tapi aku jatuh juga di tangan dia. bukan sebab ketelanjuran. maaf. aku bukan perempuan yg senang disentuh hanya di atas perjanjian cinta di zaman ini. aku terlalu sayang pada dia, sampai aku kaburkan mata aku dengan kenangan indah kami berdua. bodoh kan? dan aku akui, setiap kali kecurangan itu terjadi, aku akan membalas dendam. hanya untuk merasakan apa perasaan sebenar bila berbuat demikian. namun, itu bukan cara aku. dan aku mengundurkan diri dari segala godaan itu. aku meminta petunjuk di atas semua yg terjadi. akhirnya jawapannya simple - diri aku tak layak untuk dia. kepada si dia, cukup segala apa yg kau buat kepadaku. sekarang tiada lagi memori indah yg aku ingat. hanya yg pahit belaka. aku meminta maaf kapada kau tentang diri aku. aku bukan seperti perempuan yg kau inginkan. maaf. terima kasih di atas pertolongan, kasih sayang yg kau berikan selama kita bersama. dan harap kau bahagia dengan kehidupan kau. dan jangan cari aku lagi. dan jangan risau. aku pown takkan cari kau lagi. itu janji aku. dan mereka menjadi saksi.
sekian.











